Penternakan Sunnah Nabi
ZZ Sunnah Farming & Enterprise (JM0515260-P) Felda Bukit Goh, Kuantan, Pahang. Syarikat Penternakan Kambing Jamnapari Ettawa dan Kambing Boer. email : sunnahfarming@gmail.com atau zaki.hassin@yahoo.com.my phone : 013-9500648(Zul)& 012-7667139(Zaki)
Monday, March 26, 2012
Kelahiran sulung 2012..
Pada hari Khamis 15 Mac kambing Boer aku di Johor telah melahirkan seekor anak betina tetapi masa tu cuti sekolah aku balik kampung abang aku kahwin jd ibu dara tu jenis geli anak dia menyusu, anaknya mati sebab lemah x menyusu. Yang tolong jaga kambing takde pengalaman..nak buat macamaa xde rezeki.
Alhamdulillah, hari Rabu 21 Mac Allah bagi aku ganti 2 ekor betina melalui seekor lagi Boer induk veteran..sekarang dah sihat aku pegang mak dia msa anak dia nk minum susu. Terima kasih ya Allah, mengembirakan hati hambaMu ini..
Tuesday, January 3, 2012
Dugaan tahun baru 2012..
Aduhai..aku tak faham apa isu yang cuba dimainkan oleh orang atas kat tempat keje aku ni. Aku bela kambing ngan beli traktor pun nak dimesyuaratkan dalam meeting pentadbiran. Padahal banyak lagi benda yang perlu difikirkan. Bos baru belum panggil aku tentang hal ni..
Nampak gayanya aku kena pindahkan kambing aku ke kampung atau jual Boer kesayangan aku ni kemudian beli kambing kampung. Selepas itu hantar ke kandang K.Terengganu bersama kambing sedia ada. Nak hantar Boer ke sana takut tak serasi plak..
Saturday, December 31, 2011
Rezeki hujung tahun 2011..
Petang semalam lebih kurang jam 3.00 pm aku telah menerima panggilan dari abang aku di kandang K.Terengganu memaklumkan bahawa kambing kampung aku melahirkan sepasang kembar jantan dan betina alhamdulillah..sebulan yang lalu aku dapat seekor anak jantan yang agak besar. Nampaknya rezeki aku kat kambing kampung..kandang Kuantan kini sudah ada 64 ekor kambing kampung. Syukur..
Friday, December 9, 2011
Imbasan 2011...
Tahun 2011 merupakan tahun transformasi bagi penternakan ZZ SunnahFarming setelah mengalami kegagalan pada tahun sebelumnya..
Setelah hampir setahun ianya dilaksanakan, alhamdulillah proses pemulihan yang diharapkan telah berjalan dengan baik samada kandang di Kuantan, Johor Bahru dan K.Terengganu (refer post http://sunnahfarming.blogspot.com/2010/11/perubahan-strategi-2011.html ). Kambing kampung cross di Kuantan semakin banyak membiak, kambing kampung di K.Terengganu dah melahirkan 3 ekor anak menjadikan 9 ekor kesemuanya kini manakala kambing Boer di J.Bahru gemuk dan sihat tunggu masa nak timang anak je selepas tukar jantan..
Aku mensasarkan setahun lagi untuk melihat hasil sistem pemakanan kambing aku di JB sama ada membuahkan hasil atau tidak, kalau tak beranak juga memang aku jual la jawabnya..bukan apa, sudah banyak aku korbankan duit dan masa untuk mereka demi untuk memastikan mereka sihat dan gemuk. Kalau mereka membiak dapatlah aku cover semula modal yang telah aku keluarkan..
Doakan aku ye kawan-kawan...
Tuesday, November 1, 2011
Mekanisasi ladang..
Mekanisasi ladang adalah berkenaan dengan penggunaan jentera atau mesin yang untuk kerja-kerja perladangan atau pertanian. Ia telah lama dipraktikkan di negara-negara pertanian yang maju seperti di Amerika Syarikat atau Eropah. Kat sana murah sebab diorang buat sendiri jentera tetapi kita di Malaysia terpaksa import..jadi masih belum ramai yang mampu memilikinya.
Oleh kerana aku bekerja 'one man show', terpaksalah aku mengharapkan bantuan jentera-jentera untuk memudahkan kerja-kerja aku menternak kambing ini. Seperti post aku yang lalu, aku telah membeli traktor untuk kerja membajak tanah bagi tujuan menanam jagung. Aku juga telah membeli mesin mini mixer untuk membancuh makanan kambing dan juga mesin chopper untuk mencincang rumput..
Wednesday, October 5, 2011
Projek terbaru..
Pelajar aku bertanya kepadaku...sejak bila cikgu minat dengan bidang pertanian? Aku jawab sejak aku remaja memang dah minat. Suka bila tengok orang kutip telur ayam kat ladang ayam. Haa..begitulah mukaddimah post aku kali ini.
Aku sekarang dah mulakan projek baru..menanam jagung separa komersial hehe.. menggunakan mekanisasi ladang yang selalu digunakan oleh petani di Jepun. Apalah aku melalut ni..sebenarnya aku nak cerita yang aku dah beli mini traktor jenama ISEKI TS2202 untuk projek tanaman jagung dan sayur-sayuran di sekitar sekolah aku. Sekarang sedang belajar mengendalikan jentera tersebut yang terdiri daripada alat memelau tanah (plow), pembajak tanah (rotor) dan sebuah trailer.
Saturday, August 27, 2011
Update gambar..
Hari ini aku upload gambar-gambar yang tak dapat dipaparkan sebelum ini...semoga jadi inspirasi kepada diri sendiri dan juga orang lain.
Saturday, August 20, 2011
Pasaran kambing merudum?
Post kali tentang isu global..baru-baru ini aku singgah di Casserose (Marwa Farm) Segamat yang ada 7 kandang besar (rujuk post aku lawatan-ke-casserose-segamat ). Tujuan aku singgah adalah untuk membeli pejantan Boer baru bajet RM1000 sebab pejantan sedia ada milik peserta contract farming aku sudah dihantar pulang ke Kuantan semula...
Apa yang aku nak cerita di sini adalah, syarikat gergasi penternakan kambing ini sudah hampir ditutup kerana hanya tinggal 1 kandang sahaja, itupun yang dihuni kambing-kambing tua. Menurut pengurus, masalah berpunca daripada tiada pekerja, pasaran kambing tempatan tidak memuaskan dan ternakan tidak membiak seperti diharapkan...sedih aku tengok penternak kambing di Malaysia, semua lingkup kecuali yang jual susu je nampak stabil sikit. Yang jual daging dah tak larat menanggung kos...akhirnya kambing kampung jadi pilihan terbaik.
Aku simpati dengan mereka...namun perjuangan tetap perlu diteruskan.
Wassalam.
Bergerak ke hadapan..
Perjalananku sebagai penternak kambing berjalan seperti biasa...kandangku di Kuantan pula semakin meriah dengan anak2 kambing baru jenis kampung kacukan milik peserta contract farming PM Salihi..Jamnapari aku sudah semakin tua tapi masih mampu beranak. Kambing boer aku sudah semakin sihat di Johor Jaya cuma belum beranak.
Apapun cabarannya aku terus bergerak ke depan dengan bermotivasikan penternakan kambing adalah sunnah para Nabi dan juga hasil pertanian adalah sedekah amal jariah.Wah! serius benor coretan aku kali ini..
Oklah, bagi relaks sikit otak. Aku sekarang sudah dapat memproses sendiri makanan kambing (campuran Napier + soya kering + EM + garam kasar) setelah aku beli mesin chopper 6hP dengan mini mixer 5hP..alhamdulillah..kambing sudah semakin gemuk dengan sekali-sekala aku lepas meragut di sekitar kandang.
Maaflah post kali ni aku xdpt upload gambar. Kabel rosak tak boleh transfer gambar dalam handphone ke laptop..
Wassalam.
Tuesday, April 12, 2011
Pastura...
Post kali ini aku ingin menceritakan tentang kepentingan penternak kambing mewujudkan bekalan pastura yang mencukupi sebelum menternak kambing. Kegagalan aku mengenal pasti tapak yang sesuai untuk menanam Napier menyebabkan aku tidak dapat membekalkan makanan yang mencukupi untuk kandang di Kuantan. Ironinya kos meningkat kerana aku terpaksa mencari rumput Napier yang jauh dari kandang. Orang kata belajar dari kesilapan...
3 bulan yang lalu aku mula menanam rumput Napier dan jagung sebagai sumber makanan utama kambing aku di sini. Alhamdulillah, sudah mengeluarkan hasil...selepas ini luaskan lagi kawasan penanaman.
Tuesday, March 29, 2011
Laporan terkini..Mac 2011
Begitu lama aku menanti saat ini akhirnya dapat juga aku mengemaskini blog aku..dah 3 bulan tanpa berita.
Aku masih menjalankan penternakan kambing seperti sebagaimana transformasi yang aku ceritakan pada post yang lalu...
Aku sudah memindahkan kambing Boer aku ke Johor untuk dijaga sendiri..sebahagiannya milik peserta contract farming aku. Tujuannya adalah menggemukkan semula kambing itu sebelum aku kembalikan kepada peserta..alasannya di sini bekalan soya kering dan makanan pallet mudah diperolehi.
Natijahnya rutin kehidupan berubah...setiap Ahad aku pergi cari rumput Napier, cincang pakai tangan, cedok tahi kambing seminggu sekali, tanam Napier sendiri sambil tanam jagung dan macam-macam lagilah..kadang2 tak terkejar tapi seronok. Kat sekolah kerja berlambak sampai lapar kambing aku tak sempat bagi...alhamdulillah kambing semua sihat dan bertambah gemuk.
ok...layan dulu gambar nanti aku citer lagi ok..
Saturday, December 11, 2010
Tapak Napier yang baru..
Dalam perjalanan memindahkan kambing dari Kuantan ke K.Terengganu, aku singgah ke tempat baru untuk menanam Napier seluas 2 ekar setengah yang terletak di Kg.Bkt Diman, Ajil, Hulu Terengganu. Tanah bekas sawah itu kepunyaan arwah ayah aku yang sedang dalam proses pecah lot dengan arwah abang dia..
Kat situ nanti aku bercadang untuk menanam Napier yang akan dijual kepada penternak berdekatan atau sesiapa yang nak belilah..kalau tiada orang nak beli, aku bagi kambing aku makan hehe..insyaAllah napier tu aku proses jadi silaj dan jual dalam tong kepada penternak komersil. Selepas ini, aku perlu pasang pagar lepas tu bajak tanah lepas tu cari benih lepas tu tanam lepas tu siram dan baja lepas tu....wah dengar macam senang je ek? Besar juga belanjanya ni...insyaallah pelan2 kayuh.
Fasa 1 Transformasi Penternakan..
Alhamdulillah, dah cuti sekolah ini dapatlah aku turun ke Kuantan melihat keadaan kandang kambing aku. Fuhh..penat sungguh 2 hari aku kat sana. Bersihkan lantai bawah kandang, basuh lantai atas yang penuh dengan najis kambing yang kena cirit birit, bakar sampah pelepah sawit dan macam2 lagi. Rasa macam tak cukup dua hari kat sana..Tujuan aku sebenarnya adalah untuk memindahkan kambing kampung dari kandang Kuantan ke kandang K.Terengganu..tujuannya untuk membaiki kelemahan sedia ada.
Tuesday, November 23, 2010
MAHA datang lagi…
Salam sejahtera,
Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia atau dikenali dengan MAHA kembali lagi pada 26hb November 2010 hingga 5hb Disember 2010 ini yang akan berlangsung di MAEPS Serdang. MAHA 2010 mungkin tidak sehangat MAHA 2008 di mana pada masa itu, industri kambing begitu pesat dengan pertumbuhan bilangan penternak meningkat secara mendadak. Sejak kebelakangan ini, industri kambing mula kurang diberi perhatian walaupun ianya masih berjalan seperti biasa. Mungkin ini hanya pandangan aku berdasarkan perkongsian maklumat dengan penternak lain..aku harap tidak begitulah.
Aku bercadang akan ke MAHA 2010 untuk mencari semangat baru dan menuntut ilmu yang masih belum diketahui dari rakan-rakan penternak lain. Maklumat lanjut tentang MAHA 2010 bolehlah dirujuk kepada laman web www.doa.gov.my
Tapak MAHA 2010 di MAEPS Serdang, Selangor.
Monday, November 15, 2010
Perubahan Strategi 2011
Salam semua, senario penternakan kambing buat masa ini amat tidak memihak kepada penternak kecil seperti sunnahfarming. Peningkatan kos makanan dan kesukaran untuk menjual kambing baka menjadi masalah utama. Namun begitu, terdapat sesetengah penternak kecil bijak mengambil peluang dengan menternak kambing susu kemudian menjual susu untuk menampung kos penjagaan. Yang lain terpaksa gulung tikar, itupun nak jual sebagai langkah penutupan juga sukar kerana tiada yang sanggup membeli. Yang berjaya mengharungi cabaran ini tahniah diucapkan..
Oleh kerana sunnahfarming telah bertekad tidak akan menutup perniagaan ini, kami terpaksa membuat perubahan strategi pada tahun 2011. Tahun 2010 boleh dikatakan tahun suram bagi kami. Kami kehilangan banyak kambing kerana kekurangan sumber makanan dan penyakit. Lori pulak rosak tak dapat nak angkut pelepah sawit…macam-macam lagilah masalah. Tapi itu sedikit pun tidak mematahkan semangat kami. Bayangkan aku terpaksa mohon pindah ke Pahang supaya aku boleh jaga sendiri kambing dengan adik aku tetapi sayangnya tak diluluskan pulak hehe..
Post mortem yang aku jalankan selepas 2 tahun menternak kambing mendapati tapak projek aku memang tidak ada 'ong' hehe..pertama, kambing terkena banyak penyakit sebab cuaca agak lembab di kawasan ladang aku, kedua rumput Napier yang ditanam tidak menjadi selepas beberapa percubaan. Jadi aku kena pindahkan kambing ke tempat lain. Oleh kerana sunnahfarming telah dikenali di kawasan sekitar Pahang, aku terpaksa rancang strategi berikut:
1. Kandang Bukit Goh akan menyimpan kambing Feral dan Birir-biri sahaja sebab hanya perlu diberi makan pelepah sawit sahaja.
2. Kandang Seberang Takir (kampong aku daa..) aku akan bela kambing kampung sebab lebih sesuai diorang hidup di situ. Kawasan berpasir dan terbuka.
3. Kandang Pontian/Johor Jaya (tempat aku kerja daa..) aku akan bela Boer sebab aku nak jaga sendiri kambing yang aku beli mahal2...sedih tau jantan aku harga RM2800 dah mati sob..sob.
Sekian...diharap aku tidak akan mengalah sampai bila2. Chaiyok Sunnahfarming!!
Tuesday, August 24, 2010
Bungkusan dari New Zealand..
Smart Pandan Johor Bahru...pertama kali sampai kat situ sebab kawan-kawan beritahu di situ harga lebih murah untuk sayuran, ikan dan daging. Tengah syok ronda area jualan daging...aku terpandang beberapa bungkusan yang agak menarik perhatianku. Cuba tuan-tuan lihat gambar ini..
Thursday, August 19, 2010
Apa dah jadi dengan industri kambing??
Thursday, August 5, 2010
Salam Ramadan..
Lama betul x bersua, bukan sebab sudah tidak melibatkan diri tetapi dah kurang online. Tu yang malas nk menulis. Bisnes berjalan seperti biasa cuma nk untung banyak tu belum lagila..masih banyak yang perlu dilakukan. Semoga Allah merahmati usahaku ini..
Sunday, January 10, 2010
Sewaan kandang..
Tawaran adalah dipelawa kepada semua trader kambing atau penternak kambing yang berminat untuk menyewa satu petak kandang kambing kami seluas 25' x 30' yang boleh menampung 50-100 ekor kambing. Kandang sangat sesuai untuk menyimpan kambing Feral atau Boer slaughter sebelum diagih-agihkan kepada penternak berhampiran.
Saturday, January 9, 2010
Lawatan mesra SGI-Farm
Pada masa cuti sekolah baru-baru ini, aku telah membuat lawatan ke SGI-Farm di Melaka kerana hendak memilih 2 ekor induk untuk peserta contract farming aku. Dah pilih tu aku 'tersambar' seekor pejantan Stud muda yang memang cantik. Aku nak gantikan dengan pejantan lama yang aku beli dari KTL Farm yang tak memanjat..
Seminggu selepas tu, En.Norman dan En.Shahrul (pemilik SGI Farm) telah membuat lawatan balas ke ladang ZZ Sunnah Farming untuk menghantar 10 tong Base Food yang aku tempah. Hantar sambil melawat..








































